1 sudu besar tepung jagung (campurkan dengan setgh cawan air)
Cara Menyediakan :
Tumis bawang putih hingga kuning. Matikan api. Tuangkan sos tiram & kicap. Nyalakan semua api. Tumis sebentar. Tuangkan campuran ir tepung jagung. Kacau hingga kuah menjadi pekat. Tuangkan ke atas sayuran pilihan anda. Sayur boleh dikukus ataupun direbus sebentar sahaja. Jika inginkan kuah yang lebih cair, kurangkan tepung jagung dan lebihkan air.
2 cawan pulut (rendam lebih kurang 3 jam)
1 cawan santan cair
Garam secukup rasa
Utk inti
1 cawan kelapa parut
2 biji bwg merah
1 btg serai
1 inci halia
20 ekor udang kering
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
Secubit asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Bahan lain
Daun pisang
stapler
Minyak utk mengoles
Cara2:
Kukus pulut selama 1/2 jam. Lepas tu masukkan santan tadi yg sudah digaul dgn garam secukup rasa. Kukus lagi sehingga pulut betul2 lembut.
Dalam pada tu buleh mula buat inti. Blend kering bawang, udang kering,serai & halia. Kemudian ramas2 bahan tadi yg sudah diblend kat kelapa parut tu. Ramas sekali asam jawa & kunyit tu. Bila dah rata, masukkan dalam kuali & goreng kering. Perisakan dgn garam & gula secukup rasa. Kalau pakai desiccated coconut, rendam dulu kelapa tu..lepas tu masa goreng kering tu, bubuhler santan pekat sehingga kelapa nampak lembab. Masak dgn api kecik sehingga keperang2an atau masak.
Layur daun dulu atas api kasik dia lembut & buleh digulung & dilipat. Lepas tu amik kitchen towel, bubuh sedikit minyak dan oleskan minyak tu kat daun pisang ( belah dalam - yg x kilat)...lepas tu..mulalah bubuh pulut..dan inti dibhgn tengah...gulung kejap2. Kemudian lipat bhgn tepi & stapler. Kalo lebih tradisional & rajin, gunalah lidi. Bakar atas grill pan dgn api kecik dlm 10 minit camtu.
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 cawan susu sejat
1/2 cawan gula
2 biji telur
1 tin jagung manis (krim)
sedikit pewarna kuning
sedikit bijan jika suka
Cara-cara:
1. "Blender" semua bahan hingga sebati kecuali jagung dan bijan
2. Masukkan jagung dan "blender" sebentar.
3. Tuangkan dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
250 gm ikan bilis
30 biji buah petai jeruk
1 labu bawang besar [potong gelang]
½ cawan jus asam jawa
1 sudu besar cuka
Minyak
Garam
Gula
Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak.
2. Masukkan jus asam jawa dan cuka. Kacau rata dn biarkan sehingga naik minyak.
3. Masukkan bilis, petai , bawang besar dan garam serta sedikit gula. Masakkan sehingga pekat dengan api kecil.
4. Bila dah nampak pekat boleh tutup api dan masukkan dalam mangkuk hidangan.
Bahan : 300 g butter / marjerin 140 g gula icing 2 telur kuning 1 sudu kecil esen ros
240 g tepung gandum* 100 g tepung jagung* 160 g tepung kastard* (*ayak kan) Ceri Merah
cara :
1. Pukul butter & gula icing sampai kembang. Campurkan kuning telur dan esen ros. Pukul lagi..
2. Campurkan tepung sedikit sedikit dan uli sampai menjadi doh..
3. masukkan doh ke dalam mould dan tekan menjadi bentuk bunga ke dalam loyang.. loyang yang telah ada greaseproof paper atau yang disapi dengan marjerin. Hiaskan denga ceri merah
4. Bakar dengan suhu 175 C selama 15 - 20 minit. 5. Sejukkan di tray.. simpan dlam bekas kedap udara..
Bahan-bahan: 2 1/2 cawan tepung pulut hitam
1/2 cawan tepung pulut putih
3/4 cawan gula pasir
1 1/2 cawan santan
2 cawan santan - dimasak sehingga menjadi tahi minyak
1 sudu besar minyak masak
Daun pisang
Sedikit garam
Cara Menyediakan: 1. Sediakan mangkuk, adun semua bahan hingga rata. 2. Alas loyang pengukus dengan daun pisang, sapu sedikit minyak. 3. Tuangkan bancuhan dan kukus di dalam pengukus yang sudah dipanaskan, selama 30 hingga 45 minit atau sehingga masak.
4. Setelah masak, letakkan sedikit tahi minyak diatasnya.
400 g beras wangi / beras merah 100 g beras pulut 5 ulas bawang merah - dihiris nipis 2 cm halia - dihiris halus memanjang 1 camca besar halba 250 ml santan (dari 1 biji kelapa) 1 camca teh garam ½ camca teh gula
Cara Membuat : 1. Rendam beras wangi dan beras pulut selama 5 jam.
2. Toskan beras dan letak dalam rak pengukus.
3. Kukus selama 15 minit. Angkat, letak di dalam bekas besar.
4. Bilas dengan air biasa. Kukus lagi selama 10 minit.
5. Letak semula dalam bekas besar, gaul dengan garam, gula, santan dan campuran bawang dan halba.
6. Kukus selama 10 minit lagi kemudian angkat.
Gulai Ikan 2 camca besar biji ketumbar 1 camca teh jintan putih 500 gm kepingan ikan tongkol 2 keping asam gelugur 600 ml santan (1½ biji kelapa) 1 batang serai - dititik 1 camca besar kerisik 4 biji cili padi merah 4 biji cili padi hijau Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar 2 camca besar pes cili 5 biji bawang merah 1 ulas bawang putih 1 cm lengkuas 2 biji buah keras
Cara membuat: 1. Goreng tanpa minyak ketumbar dan jintan. Bila wangi, tumbuk halus. 2. Rebus ikan dengan asam gelugur hingga masak. 3. Jerang rempah tumbuk, asam gelugur, santan, serai, kerisik, bahan kisar, garam dan gula. 4. Kacau selalu atas api sederhana hingga mendidih. 5. Masukkan ikan, cili merah dan cili hijau. 6. Bila mendidih semula, bolehlah diangkat.
Acar
1 biji timun
1 batang lobak merah
1 tangkai cili merah
2 hirisan nenas
½ labu bawang besar
2 camca besar cuka
1 camca besar
gulagaram secukupnya
Cara membuat:
1. Timun dipotong 3 cm, buangkan empulur. Hiris halus.
2. Potong lobak, cili merah, nenas dan bawang besar halus-halus. 3.Gaulkan dengan cuka, gula dan garam hingga sebati.