Tuesday, August 24, 2010

PULUT PANGGANG



Bahan2:

Utk pulut

2 cawan pulut (rendam lebih kurang 3 jam)
1 cawan santan cair
Garam secukup rasa

Utk inti

1 cawan kelapa parut
2 biji bwg merah
1 btg serai
1 inci halia
20 ekor udang kering
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
Secubit asam jawa
Garam & gula secukup rasa

Bahan lain
Daun pisang
stapler
Minyak utk mengoles

Cara2:
Kukus pulut selama 1/2 jam. Lepas tu masukkan santan tadi yg sudah digaul dgn garam secukup rasa. Kukus lagi sehingga pulut betul2 lembut.

Dalam pada tu buleh mula buat inti. Blend kering bawang, udang kering,serai & halia. Kemudian ramas2 bahan tadi yg sudah diblend kat kelapa parut tu. Ramas sekali asam jawa & kunyit tu. Bila dah rata, masukkan dalam kuali & goreng kering. Perisakan dgn garam & gula secukup rasa. Kalau pakai desiccated coconut, rendam dulu kelapa tu..lepas tu masa goreng kering tu, bubuhler santan pekat sehingga kelapa nampak lembab. Masak dgn api kecik sehingga keperang2an atau masak.

Layur daun dulu atas api kasik dia lembut & buleh digulung & dilipat. Lepas tu amik kitchen towel, bubuh sedikit minyak dan oleskan minyak tu kat daun pisang ( belah dalam - yg x kilat)...lepas tu..mulalah bubuh pulut..dan inti dibhgn tengah...gulung kejap2. Kemudian lipat bhgn tepi & stapler. Kalo lebih tradisional & rajin, gunalah lidi. Bakar atas grill pan dgn api kecik dlm 10 minit camtu.

Monday, August 23, 2010

BAHULU GULUNG




Bahan-bahan :

3 butir telur
90 gm gula
100 gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh baking powder
5 sudu besar jem nenas


Cara-cara :

Pukul telur dan gula hingga kembang.
Masukkan esen vanila dan baking powder.
Masukkan pula tepung gandum dan pukul sebati.
Sapukan minyak pada acuan yang dilapis kertas minyak.
Tuang adunan pada acuan.
Bakar sekitar 10 minit dan keluarkan bahulu ke atas kertas.
Suhu 170 bergantung kepanasan oven.
Sapukan jem secara rata di atasnya dan kemudian gulung.
Biarkan seketika dan bolehlah dipotong untuk dihidang.

Kuih Bakar Jagung



Kuih Bakar Jagung
Sumber dari MyResepi

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 cawan susu sejat
1/2 cawan gula
2 biji telur
1 tin jagung manis (krim)
sedikit pewarna kuning
sedikit bijan jika suka

Cara-cara:
1.
"Blender" semua bahan hingga sebati kecuali jagung dan bijan
2. Masukkan jagung dan "blender" sebentar.
3. Tuangkan dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
4. Bakar pada suhu 170 C selama 1 jam 

~  SELAMAT MENCUBA  ~

Friday, August 20, 2010

Biskut Sarang Semut


 

Bahan-Bahan:

- 6 oz mentega
- 4 oz icing sugar
- 6 oz tepung gandum
- 4 oz tepung kastard
- 1/2 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu vanilla
- secukup chocolate rice
- secukup paper cup

  

Cara Memasak:

- Pukul gula dan mentega, kemudian masukkan tepung dan uli hingga sebati.

- Parutkan adunan ini dan masukkan
kedalam paper cup.

- Taburkan chocolate rice diatasnya.

- Bakar 150 degree 10 mins.

Tuesday, August 17, 2010

Sambal Bilis Petai Jeruk



Bahan-bahan




250 gm ikan bilis
30 biji buah petai jeruk
1 labu bawang besar [potong gelang]
½ cawan jus asam jawa
1 sudu besar cuka
Minyak
Garam
Gula

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih





Cara Memasak

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak.
2. Masukkan jus asam jawa dan cuka. Kacau rata dn biarkan sehingga naik minyak.
3. Masukkan bilis, petai , bawang besar dan garam serta sedikit gula. Masakkan sehingga pekat dengan api kecil.
4. Bila dah nampak pekat boleh tutup api dan masukkan dalam mangkuk hidangan.


SELAMAT MENCUBA.
 

Prata Chicken Sausage


Bahan :
5 keping roti prata (plain)
5 btang sosej ayam (jenama ayamas)
salad (di potong halus)
mayonis
sos cili

Cara :
Masak roti prata.. ketepikan..
Goreng sosej tanpa minyak... ketepikan...
Roti prata.. taruk sosej .. sikit salad...
pastu taruk mayonis & sos cili...
gulungkan roti prata dan hidangkan...
siap...

Monday, August 16, 2010

Biskut Badam Arab




Bahan-bahan :

250gm tepung gandum
125g gula kastor
125gm minyak sapi
3 sudu besar serbuk badam


Cara-cara :

1.    Campurkan semua bahan
2.    Gaul rata-rata & sebati
3.    Gentel bulat-bulat dan susun dalam dulang
4.    Taruk ceri merah utk hiasan
5.    Bakar api sederhana

Masak 180 selama 15 min 

SELAMAT MENCUBA..

Biskut Dahlia




Bahan :
300 g butter / marjerin
140 g gula icing
2 telur kuning
1 sudu kecil esen ros
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard* (*ayak kan)
Ceri Merah

cara :

1.
Pukul butter & gula icing sampai kembang. Campurkan kuning telur dan esen ros. Pukul lagi..
 2. Campurkan tepung sedikit sedikit dan uli sampai menjadi doh..
 3. masukkan doh ke dalam mould dan tekan menjadi bentuk bunga ke dalam loyang.. loyang yang telah ada greaseproof paper atau yang disapi dengan marjerin. Hiaskan denga ceri merah
4. Bakar dengan suhu 175 C selama 15 - 20 minit.
5. Sejukkan di tray.. simpan dlam bekas kedap udara..

SELAMAT MENCUBA....

Dodol Kukus (Kuih Tradisional)




Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung pulut hitam
1/2 cawan tepung pulut putih
3/4 cawan gula pasir
1 1/2 cawan santan


2 cawan santan - dimasak sehingga menjadi tahi minyak
1 sudu besar minyak masak
Daun pisang
Sedikit garam





Cara Menyediakan:
1. Sediakan mangkuk, adun semua bahan hingga rata.
2. Alas loyang pengukus dengan daun pisang, sapu sedikit minyak.
3. Tuangkan bancuhan dan kukus di dalam pengukus yang sudah dipanaskan, selama 30 hingga 45 minit atau sehingga masak.

4. Setelah masak, letakkan sedikit tahi minyak diatasnya.

Nasi Dagang (versi Terengganu)




Bahan :-
400 g beras wangi / beras merah
100 g beras pulut
5 ulas bawang merah - dihiris nipis
2 cm halia - dihiris halus memanjang
1 camca besar halba
250 ml santan (dari 1 biji kelapa)
1 camca teh garam
½ camca teh gula


Cara Membuat :
1. Rendam beras wangi dan beras pulut selama 5 jam.
2. Toskan beras dan letak dalam rak pengukus.
3. Kukus selama 15 minit. Angkat, letak di dalam bekas besar.
4. Bilas dengan air biasa. Kukus lagi selama 10 minit.
5. Letak semula dalam bekas besar, gaul dengan garam, gula, santan dan campuran bawang dan halba.
6. Kukus selama 10 minit lagi kemudian angkat.

 
Gulai Ikan
2 camca besar biji ketumbar
1 camca teh jintan putih
500 gm kepingan ikan tongkol
2 keping asam gelugur
600 ml santan (1½ biji kelapa)
1 batang serai - dititik
1 camca besar kerisik
4 biji cili padi merah
4 biji cili padi hijau
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar
2 camca besar pes cili
5 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm lengkuas
2 biji buah keras

Cara membuat:
1. Goreng tanpa minyak ketumbar dan jintan. Bila wangi, tumbuk halus.
2. Rebus ikan dengan asam gelugur hingga masak.
3. Jerang rempah tumbuk, asam gelugur, santan, serai, kerisik, bahan kisar, garam dan gula.
4. Kacau selalu atas api sederhana hingga mendidih.
5. Masukkan ikan, cili merah dan cili hijau.
6. Bila mendidih semula, bolehlah diangkat.

 
Acar
1 biji timun
1 batang lobak merah
1 tangkai cili merah
2 hirisan nenas
½ labu bawang besar
2 camca besar cuka
1 camca besar
gulagaram secukupnya

Cara membuat:
1. Timun dipotong 3 cm, buangkan empulur. Hiris halus.
2. Potong lobak, cili merah, nenas dan bawang besar halus-halus.
3.Gaulkan dengan cuka, gula dan garam hingga sebati.

SELAMAT MENCUBA...

Bubur Jagung Barli

 

Bahan :-
1/4 cawan barli (di rebus sampai empuk)
1 cawan jagung manis (frozen pun boleh tapi rendam 2-3 min dgn air panas)
300 ml santan pekat (dlm kotak)
300 ml air
150 gm gula pasir
½ sudu teh garam (atau secukup rasa)
2 helai daun pandan (disimpul)

Cara:
Masukkan santan, air, gula, garam & daun pandan... tunggu hingga mendidih.
Masukkan jagung manis & barli. Kacau rata. Biarkan sekejap.
Dah siap untuk dihidangkan.. 

SELAMAT MENCUBA...