Tuesday, August 24, 2010

PULUT PANGGANG



Bahan2:

Utk pulut

2 cawan pulut (rendam lebih kurang 3 jam)
1 cawan santan cair
Garam secukup rasa

Utk inti

1 cawan kelapa parut
2 biji bwg merah
1 btg serai
1 inci halia
20 ekor udang kering
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
Secubit asam jawa
Garam & gula secukup rasa

Bahan lain
Daun pisang
stapler
Minyak utk mengoles

Cara2:
Kukus pulut selama 1/2 jam. Lepas tu masukkan santan tadi yg sudah digaul dgn garam secukup rasa. Kukus lagi sehingga pulut betul2 lembut.

Dalam pada tu buleh mula buat inti. Blend kering bawang, udang kering,serai & halia. Kemudian ramas2 bahan tadi yg sudah diblend kat kelapa parut tu. Ramas sekali asam jawa & kunyit tu. Bila dah rata, masukkan dalam kuali & goreng kering. Perisakan dgn garam & gula secukup rasa. Kalau pakai desiccated coconut, rendam dulu kelapa tu..lepas tu masa goreng kering tu, bubuhler santan pekat sehingga kelapa nampak lembab. Masak dgn api kecik sehingga keperang2an atau masak.

Layur daun dulu atas api kasik dia lembut & buleh digulung & dilipat. Lepas tu amik kitchen towel, bubuh sedikit minyak dan oleskan minyak tu kat daun pisang ( belah dalam - yg x kilat)...lepas tu..mulalah bubuh pulut..dan inti dibhgn tengah...gulung kejap2. Kemudian lipat bhgn tepi & stapler. Kalo lebih tradisional & rajin, gunalah lidi. Bakar atas grill pan dgn api kecik dlm 10 minit camtu.

No comments:

Post a Comment