Friday, March 16, 2012

Kek Red Velvet


Bahan- bahan:
A : 250gm tepung Superfine
      1 sudu teh baking powder
      2 sudu teh serbuk koko 
     (semua diatas diayak)
115gm marjerin / butter
150gm gula kastor / halus
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur A
(Buttermilk)
240ml susu cair / susu segar
1 sudu teh cuka
1 sudu besar pewarna merah
(cara – campurkan susu & cuka, biarkan
selama 10 min, kemudian masukkan pewarna merah) 
Tambahan :
1 sudu teh cuka
1 sudu teh soda bikarbonat 
(campurkan hingga habis buih)
Cara :
Pukul  butter dan gula sampai sebati, masukkan telur satu persatu. Sebatikan...
Masukkan tepung (A) berselangselikan dengan buttermilk...kacau rata.
Masukkan bahan tambahan, kacau rata lagi. Tuangkan ke dalam loyang (size 8in) yang telah digris dan dialas kertas minyak

Bakar : suhu 180C selama 35 - 40 min. 
 
Bahan-bahan Toping
360gm cream cheese
70gm marjerin / butter
200gm gula icing (diayak)
 

Sunday, December 18, 2011

Kek Lobak Merah

Bahan-bahan ( 9 inch )

  • Bahagian Kek
  • 1 1/4 cup minyak jagung 
  • 4 biji telur gred B
  • 120 gm gula castor
  • 120 gm gula perang
  • 100 gm walnut cincang ( panggang sebentar)
  • 250 gm tepung gandum 
  • 1 tsp baking soda
  • 1/4 tsp garam
  • 1/4 serbuk kulit kayu manis 
  • 1 1/2 cup carrot yg telah disagat
  • 1 cup golden raisin (kalau ganti buah masam2 pn boleh e.g prune, nenas kiub - ditoskan airnya)
  • 1 tbs susu pekat (utk moist - kalau xnak xpe)
  • Cream Cheese Frosting
  • 120gm gula icing
  • 250gm cream cheese
  • 120gm unsalted butter 

Cara-cara

  1. Pukul telur dan gula hingga kembang. masukkan minyak, sebatikan.
  2. kemudian, masukkah bhn2 kering yg telah diayak (tepung, baking soda, serbuk kulit kayu manis dan garam). kaup balik dengan senduk kayu.
  3. akhir sekali, masukkan carrot, raisins. gaul sebati.
  4. masukkan dlm loyang 9 inci yg telah di alas kertas minyak. bakar selama 45 minit pada suhu 180C. guna lidi utk pastikan dalam kek masak.
    bila kek masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sebentar.
  5. cream cheese frosting masukkan cream cheese, gula icing yg telah diayak, dan butter ke dalam food processor (FP). guna blender pn ok. blend kan semua, dan sapukan di atas kek.
  6. utk lebih sedap, chill kan semalaman.

Karipap Daging

Bahan-bahan

  • Bahan Inti :
  • 500 g kentang - dipotong dadu
  • 300 gm bawang besar - dipotong dadu
  • 400 gm daging cincang @ daging lembu dipotong dadu kecil
  • Tumbuk Lumat :
  • ½ biji bawang besar
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar (75 ml) serbuk kari
  • 2 sudu besar minyak
  • 2 sd teh gula / secukup rasa
  • 1 sd teh garam / secukup rasa
  • 350 ml air
  • Doh Karipap :
  • 500 g tepung gandum - diayak
  • ½ sd besar garam
  • 94 g lepa susu (karipap jadi rangup) @ marjerin.
  • 1 biji telur
  • ½ cawan ais. letak je cube ice dlm cwn yg standard saiz d rumah.
  • 250 ml air
  • Minyak untuk menggoreng & Secukup tepung untuk mencanai

Cara-cara

  1. Inti :
  2. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.
  3. Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.
  4. Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.
  5. Doh :
  6. Masukkan tepung dalam mangkuk.
  7. Gaulkan air bersama garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan lepa susu / marjerin / campuran sepertinya atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi.
  8. Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit demi sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. keperluan air mgkt jenis tepung. Rehatkan 1 jam.
  9. Bahagikan doh 2 bahagian (setiap bahagian menghasilkan ±25 keping karipap) Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder .
  10. Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis (2mm) setiap satu ketul dan isikan 1 sd besar (kalau suka inti banyak)/ 1 sd the penuh (inti sederhana) .Tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.
  11. Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis.
  12. Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.
  13. * Boleh juga digunakan crisco, minyak sapi, mentega atau keduanya (nisbah 1/2:1/2). Kalau malas nak canai semua doh, boleh beku doh dibalut plastic dalam. Nak guna, keluarkan dan tunggu kembali asal. Karipap belum digoreng boleh disimpan lama dengan menyusunnya atas dulang terlebih dahulu dan letak dalam fridge hingga beku. (1-2 jam). Kemudian ambil setiap satu dan balut plastic agar tak melekat, baru boleh simpan dalam bekas plastic dan letak dalam fridge semula.

Lasagna Daging



Bahan-bahan

  • Beberapa keping instant lasagna-rendamkan sehingga agak lembut
  • 1 botol sos spaghetti (kimball)
  • 500gm daging cincang(jenama Ramly)
  • 1 tin cendawan butang-hiris
  • 1 labu bawang besar-potong dadu
  • 3 ulas bawang putih-cincang halus
  • Serbuk lada hitam
  • 2 helai daun bay
  • Minyak & sedikit garam
Bahan white sauce:
  • 1/2 cawan air
  • 2 cawan susu segar(low fat etc)
  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu/kecil oregano
  • 150gm Mozzarella / cheddar

Cara-cara

  1. Tumiskan kedua2 jenis bawang sehingga naik bau.Masukkan daging separuh masak & masukkan serbuk lada hitam.
  2. Masukkan sos pasta dan 1/2 botol air.Masukkan juga sedikit garam.
  3. Masukkan cendawan, salery& daun bay.Tggu seketika boleh lah ditutup api.
  4. Cara masak white sauce:
  5. Panaskan butter,masukkan oregano,masukkan tepung gandum & kacau sebati.
  6. Masukkan fresh milk & cheese. Kacau sehingga pekat. Tutup api.
  7. Sediakan loyang segiempat.Masukkan adunan daging .Kemudian lapiskan dgn kepingan lasagna yg direndam tadi.Kemudian lapiskan dgn adunan white sauce.Ulang sekali lagi langkah tersebut sehingga akhirnya..taburkan cheese diatas sekali.
Bakar lasagna dlm ketuhar selama 30min dgn suhu 180 drjah celcius.

Monday, October 31, 2011

Pasta Goreng..

Bahan-bahan

  • 250 g pasta, rebus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit minyak.
  • 1 cawan daging cincang
  • 1 cawan sayur campuran (mix vege)
 
BAHAN2 DIKISAR HALUS:-
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji cili merah
 
BAHAN2 SOS, DISATUKAN:-
  • 1 camca besar sos cili
  • 1 camca besar sos tomato
  • 1 1/2 camca besar sos tiram
  • 1 camca besar kicap cair

Cara-cara

  1. Panaskan kuali dgn minyak masak (kurang lebih 3 camca besar), daging cincang sampai jadik ketul halus. Tolak ketepi dan tumis bahan2 kisar hingga wangi. Masukkan sos tadi dan kacau goreng hingga terbit minyak. Tambah sedikit minyak jika kurang.
  2. Masukkan kesemua bahan di atas kecuali pasta. Kacau goreng hingga semua bergaul mesra, tambah sedikit air. Bila mendidih, masukkan pasta dan gaul hingga kesemuanya mesra. Rasa masinnya, jika kurang tambah lagi kicap cair hingga mencapai tahap kemasinan yg dikehendaki.
  3. Angkat dan hidangkan panas, boleh juga dimakan dgn cili jeruk jika suka. 
 SELAMAT MENCUBA...

Masak Lemak Jantung Pisang


Bahan-bahan

  • 1 biji jantung pisang besar
  • 1 biji kelapa diperah santan (ambil dua satu santan kemancar & pati santan)
  • 5 tangkai cili kering
  • 1 labu bawang besar
  • segengam ikan bilis
  • seketul kunyit hidup
  • sebatang serai & secarik daun kunyit
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Jantung pisang disiang dan ambil bahagian dalamnya sahaja dan diracik halus. Rendam dalam air agar tidak lebam. Dibersihkan dan tos.
  2. Cili kering ditumbuk lumat dan masukkan kunyit hidup, tumbuk lagi. Masukkan bawang besar serta ikan bilis dtumbuk, kemudian serai dititik dalam lesung batu.
  3. Bahan tumbuk tadi dimasukkan dalam periuk serta jantung pisang dan santan cair. Jerang di atas api sambil dikacau.
  4. Hampir mendidih, bolehlah masukkan santan pekat, daun kunyit , garam dan kacau supaya tidak berketul.
  5. Siap dihidangkan dengan nasi panas-panas...sedap... 

SELAMAT MENCUBA..