Showing posts with label Lauk Pauk. Show all posts
Showing posts with label Lauk Pauk. Show all posts

Monday, October 31, 2011

Masak Lemak Jantung Pisang


Bahan-bahan

  • 1 biji jantung pisang besar
  • 1 biji kelapa diperah santan (ambil dua satu santan kemancar & pati santan)
  • 5 tangkai cili kering
  • 1 labu bawang besar
  • segengam ikan bilis
  • seketul kunyit hidup
  • sebatang serai & secarik daun kunyit
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Jantung pisang disiang dan ambil bahagian dalamnya sahaja dan diracik halus. Rendam dalam air agar tidak lebam. Dibersihkan dan tos.
  2. Cili kering ditumbuk lumat dan masukkan kunyit hidup, tumbuk lagi. Masukkan bawang besar serta ikan bilis dtumbuk, kemudian serai dititik dalam lesung batu.
  3. Bahan tumbuk tadi dimasukkan dalam periuk serta jantung pisang dan santan cair. Jerang di atas api sambil dikacau.
  4. Hampir mendidih, bolehlah masukkan santan pekat, daun kunyit , garam dan kacau supaya tidak berketul.
  5. Siap dihidangkan dengan nasi panas-panas...sedap... 

SELAMAT MENCUBA..

Wednesday, October 19, 2011

Masak Lemak Pucuk Ubi



BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi
1 camca besar penuh ikan bilis (rendam, tos dan tumbuk halus)
1 liter santan cair
300 ml pati santan
1 biji cili merah, hiris
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
1.    Pucuk ubi diasingkan dari tangkainya, cuci dan celur sekejap, toskan, biar sejuk dan hiris kasar. Ketepikan.
2.    Dalam periuk, masukkan pucuk ubi, ikan bilis tumbuk, hirisan bawang besar dan bawang putih, kacau rata dan tuang santan cair. Masak hingga mendidih. Masukkan pati santan, kacau rata.
3.    Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Bila daun lembut, rasa kuahnya dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin..
 

Tuesday, August 17, 2010

Sambal Bilis Petai Jeruk



Bahan-bahan




250 gm ikan bilis
30 biji buah petai jeruk
1 labu bawang besar [potong gelang]
½ cawan jus asam jawa
1 sudu besar cuka
Minyak
Garam
Gula

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih





Cara Memasak

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak.
2. Masukkan jus asam jawa dan cuka. Kacau rata dn biarkan sehingga naik minyak.
3. Masukkan bilis, petai , bawang besar dan garam serta sedikit gula. Masakkan sehingga pekat dengan api kecil.
4. Bila dah nampak pekat boleh tutup api dan masukkan dalam mangkuk hidangan.


SELAMAT MENCUBA.